Salam,
Kehidupan yang global sepatutnya membuat masyarakat itu besikap lebih matang tetapi hakikatnya kematangan itu ada cuma pada luaran sahaja tetapi tidak pada pemikiran dan dalaman sesuatu masyarakat itu. Hari ini ramai anak gadis yang memakai pakaian yang dalam istilah sinis (pakaian tak cukup kain) dimana bagi mereka pakaian sedemikian adalah pakaian moden dan menunjukan mereka mengikut peredaran zaman. Persoalanya adakah apa yang kita pakai itu melambangkan sebenarnya kita ini moden dan maju atau mengikut peredaran zaman?. Persoalan kedua adakah pakaian yang menutup aurat itu adalah pakaian yang ketinggalan zaman? dan Adakah Orang yang tidak memakai pakaian yang moden itu adalah orang tertinggal ?.. Hakikatnya ialah jika nafsu yang mengawal akal maka insan itulah yang tertinggal, dan dilena mimpi yang sempurna dimana mereka tidak sedar bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara.... Ramai remaja sekarang yang telah rosak kerana mereka tidak diterapkan dengan budaya yang sebenar mereka dikaburi dengan budaya yang datang dari luar yang sebenarnya merosakkan mereka.. Banyak lagi persoalan yang akan saya utarakan cuma cukup sekadar ini buat renungan bersama.. Semoga Allah membukakan hati mereka yang tertinggal dan mimpi itu.. Amin
Friday, July 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment