Tuesday, November 24, 2009

kembali....


Salam...

lama dah rasanya tak menhantar post kat blog sebab busy yang memanjang. Alhamdulilah akhirnya selasai dah semua kerja esok aku akn pulang ke kampung dan bercuti panjang selama sebulan.. Aku akan mamfaatkan semua cuti ku untuk bersama keluarga... sebab ni adalah cuti semester yang terakhir mulai tahun hadapan aku tiada lagi cuti yang panjang... Sem ni banyak benda yang telah aku capai antaranya trip ke Taiwan.. Rasa macam x percaya jerk leh g luar negara buat kali ke 2.. Mungkin Tuhan itu maha mengetahui hasrat ummatnya.. Bila balik kampung nanti banyak perkara yang aku ingin lakukan.. Antaranya ialah.. Memancing, gi lepak kat warung.. jumpa member2 sekolah.. makan dan tido.. aku nak rehat secukupnya.. sebab tahun hadapan adalah tahun cabaran bg aku.. sebab aku akan akhir zaman belajar dan aku mula mengatur strategi yang baru untuk mencapai cita2 aku...

Friday, July 24, 2009

Moden itu dari segi apa?

Salam,

Kehidupan yang global sepatutnya membuat masyarakat itu besikap lebih matang tetapi hakikatnya kematangan itu ada cuma pada luaran sahaja tetapi tidak pada pemikiran dan dalaman sesuatu masyarakat itu. Hari ini ramai anak gadis yang memakai pakaian yang dalam istilah sinis (pakaian tak cukup kain) dimana bagi mereka pakaian sedemikian adalah pakaian moden dan menunjukan mereka mengikut peredaran zaman. Persoalanya adakah apa yang kita pakai itu melambangkan sebenarnya kita ini moden dan maju atau mengikut peredaran zaman?. Persoalan kedua adakah pakaian yang menutup aurat itu adalah pakaian yang ketinggalan zaman? dan Adakah Orang yang tidak memakai pakaian yang moden itu adalah orang tertinggal ?.. Hakikatnya ialah jika nafsu yang mengawal akal maka insan itulah yang tertinggal, dan dilena mimpi yang sempurna dimana mereka tidak sedar bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara.... Ramai remaja sekarang yang telah rosak kerana mereka tidak diterapkan dengan budaya yang sebenar mereka dikaburi dengan budaya yang datang dari luar yang sebenarnya merosakkan mereka.. Banyak lagi persoalan yang akan saya utarakan cuma cukup sekadar ini buat renungan bersama.. Semoga Allah membukakan hati mereka yang tertinggal dan mimpi itu.. Amin

Tuesday, June 23, 2009

Buat semua rakan sekerja MINDS 09

Salam,

Tinggal beberapa hari sahaja lagi MINDS 09 akan bermula pelbagai persiapan sedang disiap kan oleh semua fasilitator dan juga jawatan kuasa pelaksana MINDS09 bagi memastikan perjalanan MINDS 09 dapat berjalan dengan lancar.. Kepada semua fasilitator cekal kan semangat dan setiasa senyum dalam menghadapi pelbagai cabaran yang akan mendatang. Gunakanlah segala kemahiran yang ada dan ilmu bagi menguruskan pelajar-pelajar baru yang seribu satu macam kerenah.. Pendekatan MINDS09 pada kali ini lebih bersifat profesional dan bergerak secara rasional kerana pelajar baru yang akan masuk kebanyakanya lahir pada tahun 90 an dan diakhir 80 an dimana mereka terdiri dari remaja yang lebih bijak dan tidak suka menerima arahan secara telus.. Maka setiap fasilitator harus mengunakan ilmu dan kebijaksanaan bagi menhadapi kerenah anak Malaysia moden pada masa kini.. Yang kebanyakanya tidak pandai berdikari dan berfikir secara rasional.. dan juga kebanyakan nya sangat manja... Maka satu cara terbaik bagi menghadapi mereka adalah mengunakan "reverse psychology" kerana pendekatan yang bijak sebegini dapat memudahkan lagi proses mengawal dan juga mendidik pemikiran mereka sebagai Mahasiswa baru dan juga antara pelapis terpenting negara pada masa akan datang.. Sekian buat semua rakan sekerja.. Setiasa berfikiran positif dan bertindak secara rasional bagi memastikan segala perangcangan yang dibuat dapat berjalan dengan lancar.. Sama- samalah kita berdoa bagi memastikan apa yang dirancang dapat berjalan dengan baik..

Saturday, June 6, 2009

Laskar Pelangi Vs Bohsia


Salam..

Laskar Pelangi merupakan filem yang menceritakan tentang seorang insan yang penuh semangat untuk mencapai kejayaan walaupun hidup dalam serba kekurangan.. Semangat yang gigih untuk menuntut ilmu amatlah menyentuh hati.. Setiap pagi pergi ke sekolah dia harus mengayuh basikal dan kadang-kadang pula insan ini terpaksa bertembung dengan buaya.. Menuntut Ilmu amat penting baginya.. Persoalanya bila saya melihat filem ini saya seringkali terfikir kenapa Malaysia tidak banyak membuat film sebegini?.. Pengarah filem di Malaysia banyak mengeluarkan filem yang ada unsur yang boleh dan mampu merosakkan bangsa sendiri.. Walaupun alasan pengarah tersebut hanya untuk menunjukan keadaan sebenar tetapi pegarah film harus tahu bahawa penonton filem di Malaysia terdiri dari golongan remaja yang kurang Matang dan Bodoh untuk menilai sesuatu cerita itu jika kita lihat Filem Rempit telah banyak melahirkan Mat Rempit... Sehinggakan kerajaan menukar nama mat rempit kepada samseng jalanan.. Hari ini pula filem Bohsia dikeluarkan yang pada mulanya ingin menyampaikan mesej yang baik tetapi ianya akan membawa ke jalan yang hitam itu.. Ramai sudah anak muda kita yang rosak.. Pada bulan lepas saya telah menghadiri majlis yang menjemput Senator Tan Sri Jins Shamsudin sebagai panel yang berucap pada majlis itu.. Tan Sri sendiri tidak suka melihat filem seperti bohsia itu diterbitkan.. Beliau juga tidak suka Gosip.. Saya juga sempat memberikan cadangan pada beliau bahawa Malaysia seharusnya banyak membuat filem yang mengisahkan tentang kejayaan seorang tokoh di negara kita ini contoh nya ialah Syed Mokthar Al Bukhary.. dan ramai lagi.. Kerana filem sebegini mampu membentuk minda yang sempurna dan motivasi yang baik pada masyarakat.. Buat pengarah filem di Malaysia yang mejoritinya beragama ISLAM sebelum membuat sesuatu filem itu haruslah membersihkan diri dan membuat solat hajat dan sunat supaya filem yang diterbitkan tidak merosakan ummat ISLAM jika tidak mereka akan menangung dosa yang besar.. Renungkanlah.. Wasalam..

Bola Sepak Malaysia Tranformasi?Kenapa? Mengapa? Bagaimana?



Salam..

Sejak saya belum lahir dimuka bumi ini bola sepak lah antara sukan utama Malaysia sehingga ke hari ini.. Tapi peredaran masa membuatkan banyak perubahan yang berlaku jika kita hari ini ,selalu menyebutkan perkataan Tranformasi.. Persoalanya adakah bola sepak dinegara kita melakukan tranformasi itu.. Jika kita lihat kedudukan bola sepak kita walaupun mula meningkat tapi masih lagi jauh dibandingkan dengan negara Asean yang lain... Apa yang saya lihat tranformasi bola sepak Malaysia hanya berlaku pada Corak permakaian sahaja bukan permainan.. kenapa?..Jika dulu jersi yang digunakan tidak sebaik jersi pada hari ini.. tapi permainan dan pencapaian pemain bola sepak dulu lebih baik dari pencapaian sekarang.. Mengapa?.. Ini disebabkan mereka terlalu selesa dengan apa yang mereka pakai.. Mereka tidak pernah fikir tentang tanggungjawab dan juga Maruah yang mereka bawa.. Mereka hanya berbangga dengan apa yang mereka pakai sahaja.. Bagaimana? .. Satu kem tranformasi harus dilakukan dari peringkat akar umbi.. Dalam kem ini kita harus bawa semua permain ini mengenal sejarah dahulu.. Dan mencari identiti diri sebagai seorang permain bola sepak negara yang amat membanggakan... Media juga harus memainkan peranan.. Media harus membantu membentuk semangat dan juga permikiran masyarakat supaya menyokong dan memberikan semangat kepada permain... Media hari ini lebih banyak kepada liga antarabangsa.. Membuatkn masyarakat kita lebih ke arah itu.. Buat apa kita nak berbangga jika MU,Chelsea,Liverpool yang menang apa yang kita dapat?... Adakah pemain-pemain antarabangsa itu akan berterima kasih pada kita kerana menyokong mereka? adakah mereka ada kena mengena dengan kita...? Renungkanlah?.. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung... Monyet dihutan disusukan anak dirumah Mati kelaparan..

Friday, June 5, 2009

Anak Melayu tak reti bahasa


Salam..

Insan yang bernama melayu itu di Malaysia ini amatlah ramai.. 100% mereka beragama Islam tetapi berapa ramaikah diantara mereka yang mengamalkan cara hidup Islam.. Persoalanya ialah ramai anak melayu yang semakin layu dibawa arus zaman. Mereka seringkali terikut-ikut dengan budaya yang datang dari barat. Dimana bagi mereka apa yang datang dari barat itu adalah yang terbaik bagi mereka.. Melihat insan yang bernama anak melayu ini memang amat menyedihkan kerana semangat mereka tidak sama seperti nenek moyang mereka.. Mereka lebih banyak berkhayal dan membuang masa sehingga keluar satu perpatah iaitu "Janji Melayu"... Anak melayu memang tidak reti bahasa kerana mereka sering kali dimarahi oleh ibubapa melayu dengan perkataan "Kau ni tak reti bahasa ke".. Maka perkataan itu menjadi doa kerana ibubapa melayu beragama Islam.. Saya banyak mengkaji tentang pemikiran melayu pada abad ini banyak persoalan yang timbul dan persoalan yang pertama dapat saya selesai kan adalah persoalan tentang kenapa anak melayu tak reti bahasa.. Kenapa saya berkata anak melayu ini tidak reti bahasa adalah kerana jika kita lihat satu contoh mengenai gejala menghisap rokok saya rasa dari kecil lagi kita telah diajar bahawa rokok itu membahayakan kesihatan tetapi kenapa masih ramai lagi anak-anak melayu yang menghisap rokok... Renungkan dan fikirkanlah... wasalam

Thursday, June 4, 2009

Pekerja kerajaan Amat membimbangkan


Salam...

Kehidupan sebagai insan yang kerdil ini membuat kita seharusnya tunduk pada penciptanya. Namun kita sering kali lupa tentang tanggungjawab yang harus kita laksanakan sebagai insan dimuka bumi ini. Kuasa yang ada pada kita tidak semestinya akan kekal buat selamanya tetapi apa yang akan kekal ialah dosa dan juga pahala semasa kita mempunyai kuasa... Persoalannya hari ini kita dapat lihat satu badan integriti yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membasmi pemikiran koloni yang ada pada perkerja-perkerja kerajaan yang mampu merosakkan organisasi... hari ini kita dapat lihat dimana stadium yang megah dipantai timur runtuh disebabkan oleh tiadanya integriti oleh insan-insan yang bertanggung jawab... Saya sendiri dapat melihat perkara ini berlaku adalah kerana sifat ketamakan manusia untuk memenuhi kehendak tanpa memikirkan tangungjawab yang harus mereka pegang... Pekerja kerajaan dinegara kita yang majoritinya beragama islam gagal menjalankan amanah yang diberikan Oleh Allah ini adalah amat membuatkan saya berasa terlalu sedih kerana mereka bukan setakat merosakkan nama negara tetapi maruah agama... Tidak takutkah mereka pada Allah..? Tidak takutkah mereka pada hukuman di hari Akhirat?.. Kesenangan didunia adalah sementara.. Sesungguhnya Allah akan menduga umatnya dengan pelbagai cara salah satunya ialah dengan memberikan mereka kuasa...